速報APP / 圖書與參考資源 / LGBT Menurut Islam

LGBT Menurut Islam

價格:免費

更新日期:2018-08-14

檔案大小:19M

目前版本:1.0

版本需求:Android 4.4 以上版本

官方網站:http://www.abqarie.com

Email:mazuki2873@yahoo.com

聯絡地址:隱私權政策

LGBT Menurut Islam(圖1)-速報App

Mutakhir kini ada kumpulan gay dan lesbian tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Kebanyakan mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis bahawa apa yang terjadi merupakan keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka dipersalahkan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dalam mengenalpasti punca yang menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti LGBT ini, kebanyakan responden mengakui bahawa perasaan ingin mencuba menguasai diri mereka. Hal ini bukanlah disebabkan keghairahan yang wujud dalam diri mereka semata-mata sebaliknya disebabkan oleh rangsangan pelbagai unsur lain seperti bahan-bahan lucah yang bersepah dan mudah diperoleh, ajakan rakan, laman-laman sesawang yang berkaitan dan sebagainya.

Sebenarnya LGBT ini adalah aktiviti yang diusahakan sendiri oleh pelakunya, bukan Allah yang menciptakannya begitu. Ini berbeza dengan khunsa yang dilahirkan dengan dua alat kelamin. Semua agama melarang perbuatan terkutuk ini. Dalam Islam ia memang jelas haram, ia adalah aktiviti kaum Nabi Luth di kota Sadum ketika dahuluyang mana Allah balikkan bumi mereka, yang atas ke bawah dan yang bawah ke atas. Dalam Bible juga terdapat larangan terhadap aktiiviti LGBT. Misalannya Imamat 20: 13 menyebut: "Jika seorang lelaki bersemburit dengan seorang lelaki lain, mereka melakukan perbuatan yang hina dan menjijikkan. Mereka berdua mesti dihukum mati; mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri."

Hukum lesbian pula boleh dilihat dalam Roma 1:26-27:

LGBT Menurut Islam(圖2)-速報App

"26.Kerana manusia berbuat demikian, Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang keji. Wanita melakukan hubungan jenis dengan sesama wanita, dan hal itu tidak sepatutnya dilakukan. 27.Begitu juga halnya dengan lelaki; mereka tidak lagi melakukan hubungan jenis dengan wanita, melainkan berahi terhadap sesama lelaki. Lelaki melakukan hubungan jenis dengan sesama lelaki, dan hal itu memalukan. Oleh itu mereka menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka."

Aplikasi LGBT Menurut Islam ini membincangkan perkara-perkara berikut:

APA ITU LGBT?

LESBIAN

LGBT Menurut Islam(圖3)-速報App

GAY

BISEKSUAL

TRANSGENDER

HUKUM LGBT MENURUT ISLAM

LGBT Menurut Islam(圖4)-速報App

- Khunsa

- Hukum Khunsa

- Transgender

- Mukhannis atau Mukhannas 

LGBT Menurut Islam(圖5)-速報App

- Kisah Kaum Nabi Luth

KHUNSA

- Pengertian Khunsa

- Penentuan Jantina Khunsa

LGBT Menurut Islam(圖6)-速報App

- Hak Khunsa Dalam Perwarisan

- Hak Khunsa Dalam Perkahwinan

KESAN LGBT

KESIMPULAN

LGBT Menurut Islam(圖7)-速報App

Muat turun aplikasi LGBT Menurut Islam secara percuma sekarang!